3 Kos Wajib Dalam Pembelian Rumah Yang Perlu

3 Kos Wajib Dalam Pembelian Rumah Yang Perlu

3 kos Wajib dalam pembelian rumah yang perlu tahu:

1. DEPOSIT
Iaitu bayaran wang pendahuluan yang perlu disediakan minima sebanyak 10% daripada harga rumah. Ini berdasarkan kelayakan pembiayaan yang boleh disediakan oleh pihak bank sebanyak 90%.
Sekiranya rumah yang hendak di beli itu berharga RM500,000 maka jumlah wang pendahuluan 10% yang perlu disediakan adalah sebanyak RM50,000.
Namun ada juga rumah yang tidak memerlukan deposit. Kebiasaanya adalah rumah yang dalam pembinaan, di mana pemaju ada memberi rebat harga.


2. FI GUAMAN
Iaitu bayaran yang perlu dibayar kepada firma guaman yang menguruskan hal jual beli dan pindah milik rumah yang anda beli.
Amaun Fi guaman ini adalah tertakluk kepada Solicitors’ Remuneration Order yang ditetapkan oleh Majlis Peguam. Jadi amaun yang dikenakan adalah lebih kurang sama sahaja bagi mana-mana firma guaman hartanah.
Pengiraannya adalah seperti berikut:
RM500,000 yang pertama x 1%,
RM500,000 yang seterusnya x 0.8%,
RM2,000,000 yang seterusnya x 0.7%
Jadi, bagi rumah yang berharga RM400,000, fi guamannya adalah RM4000 (tidak termasuk fi disbursement),


3. DUTI SETEM
Ialah Cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan atas dokumen-dokumen pindahmilik.
Kadar duti setem adalah seperti berikut:
RM100,000 yang pertama x 1%,
RM100,001 sehingga RM500,000 x 2%
RM500,001 sehingga RM1 juta x 3%
Lebih RM1 juta x 4%
Jadi bagi rumah yang berharga RM400,000 adalah RM9,000.00
Lagi tinggi harga rumah, semakin tinggilah kadar Duti Setem yang dikenakan.

Terima kasih kerana sudi membaca
Kredit-izihartanah