Ramai Yang Saya Jumpa Terutamanya Yang Nak Beli

Ramai Yang Saya Jumpa Terutamanya Yang Nak Beli

Ramai yang saya jumpa terutamanya yang nak beli rumah risau betul dengan leasehold. Macam jadi perkara pertama pulak dalam faktor pemilihan rumah. Aiyooo..

"Jangan beli rumah status leasehold, rugi!"
Katanya, orang selalu cakap rugi beli status leasehold. Kerajaan mudah nak ambil. Tambah lagi nanti susah nak jual".

Saya pun tak pasti siapa yang sebarkan berita ni.

Cerita kerajaan nak ambil ni, tak kira status. Kalau dia nak tak kira leasehold atau freehold, dia ambik je. 😅

Bagi saya sama saja. Cuma leasehold ni sampai masa nanti perlu renew semula tempoh. Ini antara kekurangan.

Kelebihan pula, leasehold ni biasanya lebih murah.

Jika lokasi cantik, harga ngam dengan bajet. Beli saja. Jangan pening soal leasehold.

Biasa kita akan jumpa tempoh 99 tahun. Kalau sekarang kita umur 30, umur 129 baru habis. 3 keturunan boleh pergi.😆

Hartanah leasehold ni biasanya kita jumpa kawasan bandar. So itu satu kelebihan.

Jangan terlalu fikir soal leasehold atau freehold. Soal sekarang bila nak beli? Ada peluang terus beli. Jangan tangguh.

Izzul Islam