Kelebihan Beli Rumah Undercon Undercon Atau Rumah Dari
Kelebihan Beli Rumah Undercon
.
.
.
Undercon atau rumah dari pemaju ni Ada kelebihan dan juga kekurangannya
Jom Abe Jamal kongsikan apa yang anda boleh pertimbangkan dalam membeli rumah undercon anda.
Mari Kita mulakan dengan 5 kelebihan di harini..
1. Low entry
- biasanya kalau nak Beli rumah dengan pemaju kita hanya perlu bayar booking shj. Macam projek Kotasas booking pun tak perlu bayar.
- selebihnya boleh masuk dalam loan berbanding rumah subsales/2nd hand dari owner rumah yang perlukan 10% downpayment atau 3.18% dari harga rumah Untuk booking.
2. Yuran guaman
- kebiasaanya pemaju sudah ada panel guaman mereka sendiri, jadi kebanyakkan hartanah mereka percuma sekiranya mengunakan panel guaman mereka. Sama juga seperti projek Kotasas yuran guaman ditanggung oleh kotasas sendiri.
3. Caj Dan lain lain.
- Ini saya ringkaskan untuk Kos Kos lain seperti cukai kpd kerjaan stamp duty dan Kos lain seperti spa fee, legal fee Dan disbursement fee
- sesetengah pemaju juga absorb semua ni seperti Kotasas, maka anda tak perlu tanggung semua kos kos tersebut.
4. Rumah baru dengan warranty.
- Beli dengan pemaju, anda adalah pemilik rumah pertama rumah itu.
- Untuk rumah yang baru siap, akan ada tempoh DLP atau 'Defect Liability Period' atau Bahasa mudah warranty laa.
- Dalam tempoh DLP Ini, sekiranya ada berlaku workmanship yang tidak memuaskan anda boleh meminta pemaju untuk membaiki Dan baik pulih dengan tanpa sebarang bayaran. Kebiasaanya tempoh DLP Ini selama 24bulan untuk rumah teres.
5. New township
- Yang Ini bergantung kepada projek yang anda pilih.
- Pemaju yang buat projek berskala besar ni akan buat new township atau pembandaran yang baharu. Setiap pembinaan perumahan dibina dan dirancang secara sistematik yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana baru seperti lot kedai, pejabat, taman rekreasi Dan lain lain.
Amacam? Bagus atau tidak bergantung kepada keperluan anda terhadap hartanah yang bersesuaian.
Tolong like| Komen|share