*hartanah Ni Skim Lambat Kaya Tapi Masyuk*
*Hartanah ni skim lambat kaya tapi masyuk*
Ada yang tanya,
"Kalau kita bayar kat bank RM1,000, sewakan pulak pada RM1,100, kat mana untungnya? Takkan RM100 je. Cukai tanah? Cukai pintu? Maintenance fee? Kita kena bayar juga, kan?"
Jawapan saya,
"Kalau rumah RM200K, lepas 35 tahun kau sewakan, hutang tu semua akan langsai. Katakan kenaikan rumah purata 4% setahun, lepas 35 tahun harganya dah jadi RM789K."
Data dari NAPIC, purata kenaikan harga rumah tahunan seluruh Malaysia sejak 1990-2016 adalah 6.5%. Tapi, kat atas tu saya cuma ambil contoh untuk 4% saja.
Bayaran bulanan pula, penyewa kau yang bayarkan. Jangan dilupakan, biasanya kadar sewa pun naik juga saban tahun ikut kadar sewaan sekitar, bukan naik setiap tahun.
Katakan ikut kadar inflasi 3% setahun. Maka, sewa rumah RM1,000 sekarang akan jadi RM2,800 selepas 35 tahun. Kau dah boleh nampak kat mana untung dia, kan?
Dahlah kena kumpul modal, kena cari ilmu, kena pastikan loan lulus, kena berurusan dengan lawyer, kena cari penyewa, kena bayar cukai itu ini, last-last kena kecam. Kesian. #harithfaisal