Jarang Saya Nak Update Pasal Pembeli Rumah, Tapi
Jarang saya nak update pasal pembeli rumah, tapi kalini special sikit...
Saya kagum dengan anak muda ni, tahun lahir 97' sudah punyai rumah Di KOTASAS KUANTAN berharga RM315K teres setingkat tapi design layout seperti semiD 28'x60'.
Belum berkahwin, family jauh nun di Terengganu, fresh graduate gaji. Apa yang membuatkan saya kagum dengan dia. Dia datang ke rumah contoh dengan officemates nya yang memang sudah beli dengan saya sebelum ni (referral) dengan menaiki motor. "Abang, saya nak beli rumah tapi gaji saya banyak ni je, bersih bawah 3k. Agak2 lepas tak?" Lepas saya buat kira2, saya call banker untuk buat checking barulah saya minta dia masuk booking (just isi form tanpa bayaran booking fee). Dalam masa 3 hari je 1 bank call kata dah lulus, dia tanya saya nak sign terus ke? Saya advice kalau boleh tunggu result bank satu lagi kot2 boleh lulus 100% boleh dapat cashback untuk masuk rumah baru. Sebab bank 1 yang lulus hari tu offer 90% je. Sbb muda lagi kot. Biasa lah lain bank lain requirements, lain syarat, lain results nya.
Dipendekkan cerita, masa sign agreement tadi saya ucapkan lah tahniah. Dia jawab, "Alhamdulillah memang saya nak beli rumah ni dulu sebelum saya beli kereta, beli motor baru, beli Bini baru tu saya pakai ex5 ni je. Saya dah tengok rumah ni dari tahun 2019 lagi tapi takut nak singgah ingatkan tak lepas loan saya nasib baik officemates saya cakap lepas sbb gaji kami sama."
Cara dia sama macam pensyarah nasihatkan "kau kerja nanti, Beli rumah dlu rasa susah setahun dua tu normal, lepastu baru beli apa kau nak, loan pun senang lepas DSR tak burst lagi".
Tanda respect untuk Tuan Danial. Like
Terima Kasih.